Tuesday, December 31, 2013

Mantan Sultan Terengganu - 31.12.2009

Tuesday, December 29, 2009


Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain
Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.Ini adalah makam Tengku Ali. Makam ini telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.

Tulisan di atas buku berkenaan dibuat dalam dua tulisan iaitu rumi dan jawi seperti berikut :-Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ingatan kasih mesra dan doa restu dari ahli keluarga serta rakyat jelata yang mengenali Almarhum Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sultan Terengganu yang ke-14, telah diputerakan dalam tahun 1914 Sultan dan Pemerintah bagi Negeri Terengganu serta jajahan takluknya mulai 26hb September, 1942 sehingga 5hb November, 1945. Mangkat pada hari Jumaat 17 hb Mei 1996 jam 12.45 tengahari. bersaman 29 Zulhijjah 1416. Muslimin muslimat yang mengenali baginda sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu wata'ala mencucuri rahmat ke atas roh baginda amin ya rabbil alamin.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.Menurut penjaga makam, ini adalah makam salah seorang yang terlibat menjatuhkan Tengku Ali. Makam ini berada tidak jauh dari Makam Tengku Ali.

“Che”, a surname originated from Champa?


Chế Bồng Nga, Che Bunga, or Binasuor ruled Champa from 1360 - 1390 CE. Bunga is the Malay word for ‘flower’, and “Chế” is the Vietnamese transliteration of Sri, a Sanskrit title of veneration often preceding the name of a Cham nobleman. After the conquest of Champa, the Vietnamese assigned the surname “Chế” to all persons of Cham origin. Also known as The Red King, Che Bong Nga was the last strong king of the kingdom of Champa. In Vietnamese stories he is called The Red King. Chế Bồng Nga apparently managed to unite the Cham lands under his rule and by 1372 he was strong enough to attack Vietnam from the sea. Under the great general, Cham forces raided the Vietnamese city of Thang Long twice, in 1371 and 1378. The Chams forced the king of Dai Viet to move the statues at his ancestors’ tombs at Thang Long to the modern Hai Duong province in 1381. Following these victories, Che Bong Nga threatened to retake all of the lost Cham territories. Additionally, he threatened to take the two southern Vietnamese provinces of Nghe An and Thanh Hoa. At the time, Champa posed a real threat to the existence of the late Tran Dynasty in Dai Viet. The Vietnamese therefore fled from them, and Vietnamese commanders, including Ho Quy Ly, future founder of the Ho Dynasty, frequently drew back when facing them in combat. In 1383, the Chams even laid siege to the Vietnamese capital of Thang Long (now Hanoi) for six months. Che Bong Nga died in 1390, repordtly in a naval battle with the Vietnamese. The events of Che Bong Nga’s reign and invasion of Vietnam spelled the end of the Tran Dynasty in Vietnam, which was revealed as weak and ineffective in the face of the Cham General.

Source:

1.^ (Vietnam, Trials and Tribulations of a Nation D. R. SarDesai, ppg 33-34, 1988)
2.^ Tana, Li. Nguyẽ̂N Cochinchina: Southern Vietnam in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. SEAP Publications.

Makam-Makam Sultan Terengganu - 13.12.2009


Semasa di Terengganu Syah mengambil kesempatan untuk melawat Makam-Makam DiRaja Terengganu. Tak lengkap jika satu atau dua makam sultan sahaja yang Syah ziarahi. Syah mengambil keputusan untuk menzairahi kesemua makam-makam Sultan Terengganu yang terletak dibeberapa lokasi berbeza di Kuala Terengganu dalam masa terhad - 1 hari sahaja. Dari Makam Sultan pertama hinggalah makam Sultan ke-15. Syah berjalan kaki dari Makam di Masjid Abidin ke Bukit Kelidang dan seterusnya ke Tanah Perkuburan Seikh Ibrahim. Walaupun penat dalam keadaan cuaca panas terik selepas musim banjir tetapi hati Syah puas dapat menziarahi kesemua Makam Sultan Terengganu.

Dalam blog ini Syah akan tunjukkan makam-makam Al-Marhum Sultan Terengganu Pertama hingga ke -13. Bagi Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dan Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan Syah buat edisi khas untuk mereka. Begitu juga Mantan Sultan Terengganu, Tengku Ali (Sultan Terengganu semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu)
Sultan Terengganu Pertama, Sultan Zainal Abidin 1

Tun Zainal Abidin (Paduka Maharaja) Ibni Tun Habib (Habab) Abdul Majid. Ayahandanya merupakan Bendahara Johor ke 19 bergelar Tun Habib Abdul Majid ibni Sultan Muhammad, Bendahara Seri Maharaja @ Bendahara Padang Saujana. Diputerakan di Johor pada 1678, Menaiki tahta pada 1708 dan mengikut Thufatun Nafis kemangkatan baginda pada subuh malam Ahad 21 Ramadan 1146H bersamaan 25.02.1733 dan dimakamkan di Bukit Kelidang, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke-2, Sultan Mansur 1

Dilahirkan sebagai Tuan Dalam @ Ku Tana Mansur ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda dikatakan seorang yang kebal dan tidak lut senjata. Menjadi Sultan selepas kemangkatan ayahandanya dan jawatan berkenaan telah ditolak oleh putera-putera yang lain. Pada masa ini Baginda berusia 10 tahun dan dikenali sebagai Tun Dalam atau Tun Kechik dan ada juga dikatakan bergelar Yang Dipertuan Raja Kechik. Diputerakan pada 1726, Menaiki tahta 1733 dan Mangkat pada 26.01.1793 dalam usia 69 tahun dan dikenali sebagai Marhum Janggut. Makam di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke-3, Sultan Zainal Abidin II.

Tarikh lahirnya tidak dapat dipastikan dan berkemungkinan tahun 1744 berdasarkan pendapat yang menyatakan baginda naik tahta pada usianya separuh umur (50tahun). Naik tahta pada 14.07.1794 dan ada mengatakan tahun 1793. Mangkat pada 1808 dan ada yang menyatakan 1812. Makamnya di kawasan Masjid Abidin. Dikenali dengan panggilan Yang Dipertuan Mata Merah dan selepas mangkat dikenali sebagai Marhum Misjid atau Marhum Mata Merah. Baginda merupakan seorang daripada dua Sultan Terengganu yang tiga orang puteranya menjadi Sultan. Makamnya di kawasan Masjid Abidin.
Sultan Terengganu Ke-4, Sultan Ahmad Shah 1



Tengku Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin II Menaiki tahta pada 1808 dan mangkat pada 04.07.1830. Dikenali sebagai Marhum Parit kerana Baginda telah membina sebuah parit yang besar sekeliling kota istananya dan kawasan Paya Bunga, Kuala Terengganu. Makamnya di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu. Setiap kali Syah menghampiri makam Tuanku Sultan Ahmad, Syah akan tercium bau harum. Walaupun Syah ke tempat lain dan kemudiannya kembali semula kemakamnya Syah tetap akan tercium haruman yang sama.
Sultan Terengganu Ke-5, Sultan Abdul Rahman
Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Zainal Abidin II dilantik sebagai Sultan Terengganu pada 04.07.1830 selepas kemangkatan saudara seibunya, Sultan Ahmad Shah 1. Walau bagaimanapun baginda hanya menjadi sultan selama 5 bulan 26 hari sahaja. Mangkat pada 31.12.1830 dan digelar Marhum Surau. Makamnya di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Keenam, Sultan Daud ibni Sultan Ahmad 1.

Terdapat konflik diantara pembesar mengenai perlantikan sultan yang baru selepas kemangkatan Tuanku Abdul Rahman. Terdapat dua calon sultan iaitu Tengku Daud ibni Sultan Ahmad 1 dengan Tengku Mansur ibni Sultan Zainal Abidin II. Permakaman tidak dapat dijalankan kerana pengganti sultan belum dilantik. Dengan ikhtiar isteri Al-Marhum Sultan Abdul Rahman, Tengku Puteri Tengku Bulang, akhirnya Tengku Daud dilantik menjadi Sultan dan Tengku Mansur dijanjikan sebagai pengganti Sultan Daud. Baginda dilantik sebagai Sultan pada 31.12.1830. Walau bagaimanapun baginda hanya sempat menjadi Sultan selama 1 bulan sahaja. Mangkat pada 31.01.1831 dan digelar Marhum Kampung Daik. Makamnya di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ketujuh, Sultan Mansor II
Tengku Mansor naik tahta pada 31.01.1831 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya. Memerintah selama lebih kurang 7 tahun dan mangkat pada tahun 1837. Baginda dimakamkan di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim dengan gelaran Marhum Mansor.Sultan Terengganu Ke-8, Sultan Muhammad
Sultan Muhammad Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah II Naik tahta pada 09.03.1837 sewaktu berusia 15 tahun dan mangkat pada tahun 1839. Dikenali sebagai Marhum Telor kerana tuturkata dan suaranya pelat dan telor. Makamnya di kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Menurut penjaga makam ini adalah makamnya tetapi dalam kebanyakan buku menyatakan makamnya di Kelantan.
Sultan Terengganu Ke-9 , Sultan Omar
Sultan Omar ibni Al-Marhum Sultan Ahmad I naik tahta pada 31.01.1830 tetapi pada tahun ini juga jatuh kerajaannya kerana berperang dengan Sultan Mansor II. Pada 04.11.1839 berjaya merebut kembali kerajaannya daripada Sultan Muhammad putera Sultan Mansor II. Mangkat pada 12.04. 1876 dalam usia lebih kurang 70 tahun dengan gelaran marhum baginda dan dimakamkan dalam kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Baginda tidak dikurniakan anak lelaki. Pada 1874 baginda melantik anakanda saudaranya Tengku Ahmad ibni Al-Marhum Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud untuk mentadbir kerajaan Negeri Terengganu.
Sultan Terengganu Ke 10 - Sultan Ahmad II
Baginda menggantikan Ayahanda saudaranya sebagai Sultan Terengganu Ke - 10. Tidak banyak yang diketahui mengenai baginda. Naik tahta pada 12.04.1876 dan mangkat pada malam Ahad 18.12.1881 dan dimakamkan di Kubah Masjid Abidin dan dikenali sebagai Marhum Baru. Semasa perkahwinan baginda dengan Tengku Puan Besar Terengganu, Tengku Kalsom bt Sultan Muhammad Daik telah dibina panca persada setinggi tujuh tingkat. Ini merupakan panca persada yang pertama di Terengganu.
Sultan Terengganu Ke- 11, Sultan Zainal Abidin III.

Sultan Zainal Abidin Ibni Sultan Ahmad II dilahirkan pada 23.041864. Dilantik sebagai Sultan Terengganu pada 19.12.1881. sewaktu berusia 16 tahun 7 bulan 27 hari. Baginda lahir pada 23.04.1864. Memerintah Terengganu selama lebih kurang 36 tahun 11 bulan dan 6 hari. Mangkat pada 25.11.1918 jam 02:25 pagi kerana sesak nafas semenjak jam 11:00 malam. Dimakamkan pada jam 05:00pm di Kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar bagi rakyat negeri Terengganu. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak British untuk mencengkam dengan lebih kuat penjajahannya keatas Terengganu.
Sultan Terengganu Ke 12 - Sultan Muhammad II (Mantan Sultan)
Baginda Merupakan putera sulung Sultan Zainal Abidin III. Diputerakan pada 01.05.1889 dari bondanya Cik Kalsom Haji Daud. Ayahandanya memanggil baginda dengan gelaran manja "Awang". Naik tahta pada 25.11.1918 dan turun tahta pada 21.05.1920 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan British. Mangkat pada 11.04.1956 (bulan Ramadan) di Istana Gong Kapas, Kuala Terengganu jam 11:00am hari Rabu. Makamnya di Kubah Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sultan Terengganu Ke- 13, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Diputerakan pada 01.12.1895 dan menaiki tahta mengantikan ayahandanya Sultan Zainal Abidin III pada 21.05.1920. Mangkat pada hari Jumaat 25.09.1942 dalam bulan Ramadan (14hb) jam 05:30pm kerana mengidap demam dan bisul selama beberapa hari. Mangkat di Istana Timur Padang Negara dalam era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.