Saturday, May 9, 2009

Kilat Yang Boleh Mencabut Penglihatan manusia


Terdapat dalam surah Al Baqarah yang menceritakan tentang orang Munafik dan mereka di ibaratkan manusia yang berjalan dalam malam gelap dengan guruh dan kilat yang boleh mencabut penglihatan mereka jika Allah mahu. Saya telah membuat rakaman gambar dan video untuk melihat setara mana terang nya kilat yang di gambarkan oleh Allah dalam Al Quran. Mashaallah, terangnya kilat melebihi flash light atau spot light, terang nya seumpama cahaya di siang hari.
Di atas adalah gambar foto 9.30 pm apabila kilat menyambar, terangnya macam siang hari di bawah ialah video yang saya ambil di lokasi yang sama.


(1) Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #19)

(2) kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kebesaran Allah Mencipta Berbagai Yang Indah


Maha suci Allah yang menjadikan berbagai tumbuhan tumbuhan dengan warna warna yang menarik dan menakjubkan.Kalau dilihat dengan teliti yang merah itu bukan nya bunga tetapi sebahagian dari daun yang berupa bunga. Kalau semua ini sudah terdapat di bumi cuba bayangkan keindahan yang disediakan di shurga nanti

Kanak Kanak Tidak Berdosa di Dera - Dimanakah Akhlak Manusia

Di bawah ini adalah video yang menunjukkan seorang perempuan yang kemungkinan dari gaya nya seorang pembantu rumah asing sedang mendera tanpa belas kasihan anak kecil dalam keadaan yang sangat zalim dan melampau. Ini adalah video benar tidak di superimpose dan pengajaran kepada kita ialah betapa rendahnya akhlaq Islam dikalangan ummat Islam sekarang. Dari jeritan sayu anak kecil tersebut jelas suara ' abah ' dan ini menunjukkan anak kecil itu dari keluarga orang Islam. Kita tidak ada jalan lain untuk membaiki keadaan melainkan terus mengISLAHkan masyarakat ini kepada tahap yang lebih baik dan islamik.

Sotong Dapat Di tangkap dengan Tangan di Pantai Batu Rakit Trg





Perkara aneh tetapi benar dan ia tidak pernah berlaku. Sotong kecil dan besar datang ke pantai Batu Rakit Terengganu sehingga dapat di tangkap dengan tangan. Bergembira orang kampung menangkap sotong rezeki Allah dan ada yang dapat menjualnya dengan harga rm 8 hingga rm10 sekilo. Ada yang kata kehadiran sotong akibat dari kehadiran udang baring atau udang halus ke pantai. Ada pula yang merasa pelik seakan akan tanda tsunami di Penang dulu apabila Aceh mendapat bala Allah. Walau bagaimanapun kita hanya hamba Allah dan kita berserah saja kepada Nya.

Saya sempat pergi ke pantai Batu Rakit belah pagi keesokan namun sudah tidak ada gelibat orang menangkap sotong. Saya sempat mengambil gambar pantai di mana sotong mendarat dan juga gambar kerusi tepi pandai yang menarik perhatian saya. Kerusi ini kreatif dan cantik dan mungkin saudara saudari boleh membuat nya sendiri.

Islah Di dalam Quran


Selamat Datang ke blog Al Islah


Saya melancarkan blog ini dengan tujuan untuk bertukar fikiran, pengalaman dan kebenaran. Sebagai ahli masyarakat , di harap pengalaman semua dapat menjadikan hidup kita ceria dan bermakna.