Makna
Mereka bertanya: Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?
Dia menjawab: (Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata.
Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim.
Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?
Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
Di dalam ayat ini Allah berfirman raja'u ila anfusihim ia itu kembali kepada diri mereka yang bermakna balik kepada fitrah mereka yang boleh berfikir. Manusia mempunyai rationaliti tetapi mereka telah di tipu oleh shaitan dan nafsu mereka untuk menolak kebenaran.
Perkara lain yang menarik ialah apabila Nabi Ibrahim menyuruh penyembah berhala melakukan sesuatu untuk membuktikan kepercayaan mereka salah dengan menyuruh bertanya kepada berhala. fas aluhum in kaanu yantiqun. Bertanyalah kepada berhala itu kut kut mereka boleh berkata kata . Mereka melakukan ujian itu dan mendapat logic bahawa berhala tidak boleh berkata kata