Terdapat dalam surah Al Baqarah yang menceritakan tentang orang Munafik dan mereka di ibaratkan manusia yang berjalan dalam malam gelap dengan guruh dan kilat yang boleh mencabut penglihatan mereka jika Allah mahu. Saya telah membuat rakaman gambar dan video untuk melihat setara mana terang nya kilat yang di gambarkan oleh Allah dalam Al Quran. Mashaallah, terangnya kilat melebihi flash light atau spot light, terang nya seumpama cahaya di siang hari.
Di atas adalah gambar foto 9.30 pm apabila kilat menyambar, terangnya macam siang hari di bawah ialah video yang saya ambil di lokasi yang sama.
(1) Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #19)
(2) kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
